maafkan aku... abaikan saja apa yang aku telah tulis sebelum ini... walaupun selepas menulis itu mungkin ada sedikit kelegaan, tapi bila difikirkan kembali, mungkin itu semua adalah kesilapan aku juga... sering kali lalai dalam banyak hal... banyak perkara juga yang telah terabai...
Sedar tak sedar kita sudah pun berada di penghujung bulan... bulan yang penuh dengan rahmat dan pengajaran... How I wish we still in the first part of the month... ataupun Ramadan ni jadi dua bulan ke... kan ke best... huhu... apapun, di hujung-hujung ni kena lebih bekerja keras... maklumlaa cuti agak lama... takut balik je keje jadi menimbun-nimbun sampai terpaksa stay overnight... bila dah busy tu memang terbiar lah blog ni tak berupdate... hmm.. nampaknya dah takde orang nak visit, terdetik gak nak tutup aja blog ni... tak pun pindah aja ke tempat yang dirahsiakan... haha.. tengoklah nanti...
Dalam bulan Ramadan ni aku jarang menonton TV... pukul 8.30 je dah boleh terlelap... ini semua kesan akibat tak tidur siang la ni... huhu... kalau pegi terawih pun 4 - 5 rakaat je dah macam nak tumbang... tapi kan, dalam banyak-banyak rancangan kat TV tu, 2 je yang aku sangat suka... Al-Risaalah - Musa Kalimullah dengan Tanyalah Ustaz... dua-dua kat TV9... rancangan lain macam tak bestlah. Mungkin juga sebab aku memang suka rancangan berunsur pengetahuan... mungkin...
Apapun, dikesempatan yang tak seberapa ini, aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya pada semua pembaca yang terlintas di blog ini... dan juga ingin meminta maaf atas segala kesalahan yang pernah dilakukan atau tulisan di sini menyinggung hati dan perasaan sesiapa... aku tahu, bahasa aku mungkin agak keras dan straight to the point... tapi itulah realitinya... realiti kehidupan... walaupun pahit untuk dirasai...
dan... mungkin juga suatu hari nanti kita takkan bertemu lagi... siapa kan tahu...
moga kalian semua ceria di lebaran yang indah disamping keluarga terchenta... dan berhati-hatilah di jalan raya dan landasan LRT... moga selamat...




