wauuuu!!!! sudah lama tak menulis di sini... jadi kekok kejap bila nak mula...
benda yang nak ditulis?? tidak ada......
sebab...
segala macam perkara yang berlaku dalam hidup ini... amat meletihkan jiwa dan hati... dengan segala kesusahan yang datang... dan segala dugaan yang menimpa... lepas satu... satu... membuatkan aku terfikir yang akan ada lagikah dugaan lepas ini?? namun dengan sedaya upaya, aku cuba juga untuk bersabar dan meneruskan hidup seolah-olah takde apa-apa yang berlaku... walhal pada hakikatnya hidup kian susah dan merunsingkan... dulu aku pernah merasa give-up dengan hidup ini... tapi akhirnya punyai sedikit kekuatan untuk meneruskan perjalanan hidup... tapi kali ini, semangat yang ada masih belum berputus asa...
Apapun, bulan Ramadan yang tiba sudah memasuki bahagian yang kedua... dan aku pula sudah ketinggalan keretapi, bas dan kapal laut untuk mengucapkan Selamat Berpuasa pada semua... mungkin fikiran berkecamuk aku tak dapat ditafsirkan kepada bait-bait perkataan yang sesuai dibaca oleh semua... dengan kekangan waktu yang sangat menekan... network pula macam cipan (sila bayangkan!!) dan stress yang makin menjadi-jadi... bulan Ramadan bahagian pertama pula sudah dicemari dengan demam yang berpanjangan... pukul 8 malam sahaja dan keatas sudah tidak larat untuk bergerak... harapnya Ramadan bahagian kedua ini menjadikanku lebih baik dari sebelumnya...
pengakhirannya...
Al-Fatihah buat Allahyarham En. Shamsudin Ismail atas kembalinya ke Rahmatullah. Seorang kenalan yang juga seorang penyelaras yang baik semasa aku bekerja di U*PM suatu ketika dulu... Moga rohnya dicucuri rahmat...
"what it feels like to be dying?" hmm... (fikiran liar lagi)





